Friday, January 2, 2009

Peniaga mati ditembak

TELUK INTAN: Seorang pemilik kedai telefon bimbit maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki menaiki motosikal di aras bawah satu blok rumah pangsa di Jalan Pasar di sini, malam kelmarin.

M Ramachandran, 40, mati dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan (HTI) kerana parah di kiri perut selepas terkena dua daripada empat das tembakan yang dilepaskan suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa yang sedang duduk berehat di depan kedai selepas menamatkan perniagaannya, dipercayai ditembak pada jarak lebih kurang tujuh meter oleh seorang daripada dua lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh dan menaiki motosikal Yamaha Legenda.


Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kedua-dua suspek melarikan diri dengan memecut motosikal ke arah bandar, manakala mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah cuba berdiri untuk meminta pertolongan tetapi rebah sejurus selepas itu.


Katanya, orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian terus membawa mangsa ke HTI tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

kredit:Berita Harian

Analisa
  • lelaki,40
  • india
  • pemilik kedai telefon
  • ditembak,4 das
  • 10.45 malam
  • telik intan,perak